Kerjaya kelab Evan N'Dicka

Auxerre

Dengan menyertai kelab dari Ligue 2 iaitu Auxerre pada usia 13 tahun, N'Dicka berjaya menjadi pemain lepasan akademi sebelum melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior pada 27 Januari 2017 ketika meraih kemenangan tipis 1–0 ke atas Clermont.[2][3] Beliau telah menandatangani kontrak pertamanya bersama kelab pada 5 Februari. Beliau seterusnya melakukan 14 penampilan bersama kelab pada musim berikutnya sebelum berpindah ke kelab Bundesliga, Eintracht Frankfurt dengan nilai perpindahan yang dilaporkan sebanyak 5.5 juta euro.[4]

Eintracht Frankfurt

Pada 5 Julai 2018, N'Dicka diikat oleh Eintracht dengan rundingan kontrak selama lima tahun.[5] Beliau seterusnya menjadi tonggak utama pasukan dan sering menampilan diri mewakili pasukannya di kejohanan Liga Europa. Pada Februari 2019, prestasinya telah membolehkannya untuk merangkul anugerah "Bundesliga Rookie of the Month" iaitu sebuah anugerah bulanan yang diberikan kepada pemain bawah-23 yang beraksi cemerlang pada bulan-bulan tertentu. Di samping itu, beliau juga telah dicalonkan ke dalam anugerah "Rookie of the Season".[6][7] Sejak itu, beliau hanya terlepas satu perlawanan untuk saki-baki musim yang menyaksikan pasukannya terlepas tiket ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah.[8]

Rujukan

WikiPedia: Evan N'Dicka http://www.goal.com/fr/news/officiel-evan-ndicka-q... http://www.aja.fr/index.php/effectifs.html http://www.larep.fr/malesherbois/sports/football/2... https://thesefootballtimes.co/2019/03/07/the-eintr... https://www.bundesliga.com/en/bundesliga/news/eint... https://www.rookie-award.com/en/ https://int.soccerway.com/matches/2017/01/27/franc... https://int.soccerway.com/players/obite-evan-ndick... https://www.leballonrond.fr/player.php?id=524753 https://www.lequipe.fr/Football/Actualites/Evan-nd...